Latar Belakang

Institut Pengurusan Peladang (IPP) terletak di Pulau Langkawi. Ia dibangunkan di kawasan seluas 2.25 ekar dan dihubungkan dengan jalan raya ke kawasan-kawasan strategik seperti lapangan terbang, kawasan pelancongan sekitarnya, Book Village, Pusat Kebudayaan, jeti, pusat membeli-belah dan pusat menjamu selera.




Matlamat IPP

Ditubuh untuk melahirkan golongan pemimpin, pegawai dan peladang yang mahir dan terlatih dalam pelbagai sektor perladangan khususnya pengurusan, selaras dengan kehendak dan perubahan semasa. Ianya diharap dapat menjadi pendorong, penggerak, gedung ilmu dan saluran pertukaran maklumat yang berkesan dalam usaha meningkatkan dan memajukan taraf ahli-ahli pertubuhan peladang khasnya dan peladang amnya.



Strategi Pengurusan IPP


  • Menyediakan latihan pengurusan secara berkala dan sepenuh masa untuk para peladang dan ahli lembaga pertubuhan peladang.

  • Menganjurkan seminar, forum dan kursus berkaitan sektor perladangan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

  • Menyediakan kemudahan penginapan untuk orang perseorangan, kumpulan dan syarikat pada kadar sewa yang berpatutan. Kemudahan tersebut mencakupi semua kemudahan yang terdapat di IPP.